Sayu. Rita Rudaini Derita Batin & Tuntut Mutaah RM300,000 Dari Aidil Zafuan





Pelakon popular, Rita Rudaini dalam satu keterangan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengakui tindakan bekas suaminya, Aidil Zafuan menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan dan menderita batin.

Selain turur menjejaskan kehidupan seharian dan kerjaya seninya, Rita Rudaini menambah yang kisah dirinya diceraikan tersebar dengan cepat itu menyebabkan dia terpaksa menanggung aib.

“Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil. Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,” ujarnya di hadapan Hakim Mawardi Che Wan.

Rita Rudaini memberi keterangan sedemikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM300,000 pelakon itu semalam dan perbicaraan itu berjalan tanpa keha­diran Aidil Zafuan yang tidak mendapat kelepasan majikan (JDT) kerana sedang menjalani latihan.

Sumber

0 Response to "Sayu. Rita Rudaini Derita Batin & Tuntut Mutaah RM300,000 Dari Aidil Zafuan"

Post a Comment

Kajian Terbaru: Hafal Al-Quran Mencegah Pelbagai Penyakit

Sebuah kajian terbaru membuktikan semakin seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka semakin bertambah baik kesihatan. Dr. Soleh Bin Ibrahi...